
Dalam buku tulisan Zaidi Ismail bertajuk ‘Forensik Kewangan’, beliau menulis tentang gaya hidup. Kos meniru gaya hidup adalah mahal. Apabila mahal ia adalah senarai panjang dalam isu kewangan dan bebanan perbelanjaan. Kos gaya hidup tanpa sedar kereta perlu ada dua, memilih kereta kemahuan bukan kereta mampu milik. Membeli rumah kemahuan bukan rumah mengikut poket dan bajet.
Makan di lokasi viral, kos perbelanjaan untuk hiburan telah mengambil sebahagian bajet isi rumah. Jangan malu untuk hidup sederhana, tetapi malu hidup bergaya kerana mahu mempertahankan imej biar berhutang asal gaya tetap ada.
Mengapa kehidupan masyarakat sekarang kelihatan nampak gah tetapi ‘kosong’. Gambaran kemewahan dan serba serbi ada tidaklah menunjukkan kenyataan hidup yang sebenar.
Ramai yang terperangkap dengan ‘sistem hutang’ tanpa disedari. Maka, jadilah setiap hari hanya bangun bertujuan melunaskan gaya hidup berhutang.
Orang lama waima belajar tidak tinggi tetapi ilmu benar benar dipraktikkan. Apa guna rumah yang gah besar tetapi semuanya hutang. Orang lama tidak menonjol tidak mengapa, tetapi tidak ada hutang.
Tidak nampak gah tetapi hidup lapang dan tenang. Inilah yang dikatakan keberkatan. Sunyi jauh di pedalaman, mandiri dengan kehidupan bersama alam.
Tanda sudah terperangkap dengan sistem apabila banyaknya keperluan yang perlu dilunaskan sehingga berada dalam kitaran ‘bekerja untuk melunaskan hutang’. Perasaan tidak ada hutang sangat aman dan tenang. Perlu diusahakan dan tamatkan dengan segera generasi berhutang.
HIDUP TENANG TANPA HUTANG
SENARAI BAB
BAHAGIAN 1:
BAB 1: HIDUP TENANG BEBAS HUTANG
BAB 2: TERPERANGKAP DENGAN SISTEM
BAB 3: AGENSI KAUNSELING & PENGURUSAN KREDIT (AKPK)
BAB 4: YEAY. BEBAS HUTANG!
BAHAGIAN 2:
BAB 5: RUMAH CASH ATAU LOAN
BAB 6: RUMAH KEDIAMAN, PELABURAN ATAU PERSARAAN?
BAB 7: BUAT DUIT DENGAN RUMAH
BAB 8: RUMAH BEBAS HUTANG
.jpg)
APA KATA MEREKA SELEPAS BACA EBOOK INI?
Ulasan Buku (E-book): Hidup Tenang Bebas Hutang (2023)
Ulasan Begum Irdawati.
Dalam "Hidup Tenang Bebas Hutang," Puan Masayu Ahmad mengembangkan tema yang diperkenalkan dalam karya sebelumnya iaitu "Surirumah Zero Hutang," dengan tujuan mengakhiri kitaran hutang.
E-book ini merupakan panduan menyeluruh bagi mencapai kebebasan kewangan dan hidup tanpa hooting, dan menjadi rujukan penting bagi sesiapa sahaja yang berjuang dengan beban kewangan atau ingin mengelakkannya sedari awal.
Salah satu idea utama yang dipersembahkan adalah penekanan pada hidup mengikut kemampuan sendiri dan mengelakkan perangkap konsumerisme dan inflasi gaya hidup.
Penulis membincangkan kos tinggi dalam meniru gaya hidup orang lain, menunjukkan bagaimana usaha tersebut boleh membawa kepada senarai panjang masalah kewangan dan beban hutang. Perspektif ini menyegarkan dan sangat diperlukan dalam masyarakat hari ini, di mana media sosial sering mendorong budaya berlebihan dan melampau.
E-Book ini juga menjelajahi pelbagai tahap kehidupan, daripada aspek pendidikan sehingga perkahwinan, dan bagaimana segala cabang kehidupan ini dapat dihadapi tanpa terjebak dalam hutang.
Misalnya, konsep "Perkahwinan Tanpa Hutang" mengilustrasikan bagaimana perubahan masyarakat, seperti yang dilihat semasa pandemik COVID-19, boleh membawa kepada praktik yang lebih baik secara kewangan dalam acara kehidupan yang secara tradisional dikaitkan dengan pengeluaran tinggi.
Dari segi nasihat praktikal, e-book ini menawarkan beberapa strategi. Ia menggalakkan memulakan perniagaan dengan modal minimum dan bukan bergantung pada pinjaman, sehingga mengurangkan risiko tekanan kewangan.
Selain itu, ia membahas komitmen kewangan yang signifikan terhadap pemilikan rumah, mencadangkan cara-cara untuk menjadikan rumah sebagai aset yang menghasilkan pendapatan, dan strategi untuk memiliki rumah tanpa hutang.
Kekuatan e-book ini terletak pada pendekatannya yang holistik terhadap kewangan peribadi, meliputi pelbagai aspek seperti perancangan persaraan, kepentingan dana kecemasan, dan keperluan pendapatan aktif dan pasif.
Prinsip minimalis dan pengurusan kewangan peribadi juga ditekankan, menganjurkan gaya hidup yang mengutamakan keperluan daripada keinginan.
Namun, pemerhatian penulis tentang pemikiran di sebalik hutang adalah yang paling mendalam. Beliau menyorot bagaimana kurangnya disiplin kewangan, ketidakmampuan untuk menangguhkan kepuasan, dan pengaruh tekanan masyarakat sering membawa individu ke dalam "perangkap" hutang. Ini dilengkapkan dengan perbincangan mengenai faktor sistemik yang menjebak rumah tangga dalam kitaran hutang. E-book ini juga menawarkan pandangan kritis terhadap struktur masyarakat yang memperkukuh ketidakstabilan kewangan.
Penyertaan contoh-contoh kehidupan nyata, seperti kisah Atuk D dan Atuk S, menambah sentuhan yang relevan, menggambarkan aplikasi praktikal prinsip e-book ini.
Selain itu, e-book ini turut menyentuh cabaran yang dihadapi oleh generasi muda dalam iklim ekonomi masa kini, yang sangat dipengaruhi oleh media sosial dan penampilan luar.
Kesimpulannya, "Hidup Tenang Bebas Hutang" adalah sumber yang sangat bernilai bagi sesiapa yang mencari kestabilan dan kemandirian kewangan. Pendekatan komprehensifnya, strategi praktikal, dan fokus pada tanggungjawab individu serta cabaran sistemik menjadikannya bacaan wajib bagi mereka yang ingin mengemudi perjalanan kewangan mereka dengan bijak.
#tenangbebashutang

Ulasan: Norhafizah Madzlan
'Kita mahu tamatkan segera generasi berhutang'
Itu ayat pertama yang zuqqq tertusuk ke hati di awal ebook ini.
Kenapa?
Saya sendiri tidak menyesal sebab tak usung anak-anak ke kitaran yang sama dengan apa yang telah saya lalui.
'Hidup anak-anak hanya tahu perkataan khidmat, sedekah, infaq, zakat dan wakaf'
Dan ayat ini, bagai peringatan berulang supaya kami terus tanam benda ni pada anak-anak tak kira di level mana pun kewangan mereka kelak. Hutang jangan sesekali...
Kalau boleh, tak mahu lagi dah ulang kitaran yang seperti di bawah :
+ Nak belajar - ambil hutang
+ Nak kerja, perlu kereta - beli secara hutang
+ Nak kahwin, untuk majlis - hutang
+ Dah kahwin, perlu rumah - beli hutang
+ Bila dah mula hidup, rasa tak cukup nak tampung perbelanjaan hidup, nak buat bisnes - hutang
+ Even nak beli phone, alatan dapur, perabot DLL - ambil dulu bayar kemudian- hutang
Mungkin ini terkecuali untuk orang yang pandai manage, yang meskipun berhutang tapi boleh bayar dengan baik... Untuk anda yang begini, tak apa. Saya kagum dengan pandainya kalian atur kewangan begitu. Alhamdulillah, tumpang bahagia kalian...
Tapi untuk yang dah melalui kesilapan seperti saya, memang saya galakkan sangat anak muda supaya keluar dari kitaran ini.
Ebook ini, sangat membuka minda. Bila anda buka minda anda, lapangkan juga jiwa untuk mula berubah. Tiada faedahnya membaca jika masih mahu amal kebiasaan lama.

Ulasan: Puan Rafidah Mohd. Amin
Intensive Care Unit (ICU) atau dalam bahasa Melayu, disebut Unit Rawatan Rapi merupakan sebuah jabatan atau unit di hospital yang dilengkapi peralatan, petugas terlatih dan sistem khusus bagi pemantauan 24 jam ke atas kesihatan pesakit.
Pesakit yang menerima rawatan di ICU merupakan pesakit kritikal yang sangat memerlukan pemantauan rapi.
Bagaimana gambaran anda tentang ICU KEWANGAN?
Ia bukanlah sebuah unit atau organisasi seperti dibayangkan. ICU Kewangan merupakan status individu yang tersekat dalam pengurusan kewangan dan pada masa yang sama, dicengkam bebanan hutang.
Keadaannya juga, kritikal.
Masayu Ahmad dalam #surirumahzerohutang menggariskan ICU Kewangan berlaku disebabkan;
* Poket tiris, tidak pandai berbelanja
* Hutang meningkat berterusan
* Tiada persediaan kewangan masa hadapan
Petugas terlatih di ICU mana-mana pusat perubatan turut diberi kemahiran menyantuni setiap pesakit di unit ini dengan berkongsi harapan untuk pesakit kembali hidup sihat.
E-book Suri Rumah Zero Hutang menyediakan cadangan rawatan, sesi fisioterapi, prekripsi yang mudah dipatuhi oleh individu yang terjebak dalam ICU Kewangan.
Walaupun tajuk dipilih seperti mengkhusus kepada Suri Rumah; tidak bermaksud kandungan serta panduan dalam e-book ini hanya memfokus kepada wanita yang berpejabat di rumah.
Sesiapa jua anda, jawatan, mahupun status kehidupan anda; pengisian dan bimbingan e-book Suri Rumah Zero Hutang yang diberi sangat bernilai berbanding mahar yang ditawarkan.
Saya cadangkan, ketika menyusuri setiap langkah dan nasihat di dalam naskhah ini; tarikan juga pena anda di atas helaian kertas dan patuh satu per satu supaya anda tidak tertinggal mana-mana sesi rawatan yang dicadangkan.
Azam kita, kembali kepada Ilahi tanpa hutang. Insya Allah.
Ulasan: Hifzaila Hafni
Selesai baca e-book Hidup Tenang Tanpa Hutang ini, ada beberapa perkara yang membuka mata. Paling tidak, memberi perspektif baharu dalam pengurusan kewangan dan hutang.
Kadang-kadang kita fikir nak mula bisnes, kena ada modal banyak. Tidak semestinya. Boleh mula dengan seberapa banyak modal yang ada di tangan. Boleh mula kecil-kecilan.
Anak nak sambung belajar, kena buat pinjaman pendidikan. Sebenarnya boleh juga diuruskan tanpa hutang jika ibu bapa celik kewangan.
Bersara tenang; penulis berkongsi pula 8 matlamat. Antaranya dengan menguruskan aliran tunai harian, mingguan dan tahunan, menentukan pendapatan aktif dan pasif termasuk kemahiran menjana duit dengan pantas.
Jika mempunyai beberapa jenis pinjaman dengan bank atau agensi, boleh dapatkan rundingan AKPK untuk mudahkan urusan pembayaran balik. Ada panduan ringkas berkaitan penyediaan dokumen dan prosedur mendapatkan khidmat AKPK dalam e-book ini.
Paling suka baca, cara orang lama urus wang.
Usahakan tanah, buat rumah secara berperingkat, simpan emas berdikit-dikit, pajak atau gadai apabila perlu.
Apapun, yang paling penting, strategi lupus hutang haruslah:
1. Meletakkan mati sebagai peringatan atau matlamat utama.
2. Cuba hidup sederhana.
3. Ubah gaya hidup.
Bagi yang mahu melibatkan diri dalam bidang hartanah, ada panduan berkenaan pinjaman atau tunai untuk membeli/membina rumah serta jenis-jenis hartanah yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan dan meningkatkan simpanan.
Ada pelbagai cara untuk selesaikan hutang yang ada. Boleh ikut dan gunakan cara yang mana sesuai dengan situasi dan kemampuan masing-masing.
Baca naskhah ini untuk dapatkan gambaran lalu merancang kewangan dengan bijak supaya tidak terperangkap dalam bebanan hutang terlalu lama.




DAPATKAN SEKARANG
EBOOK BONUS

EBOOK BONUS: SURIRUMAH ZERO HUTANG
BAB 1: GAYA HIDUP
BAB 2: ICU KEWANGAN
BAB 3: STRATEGI URUS HUTANG
BAB 4: PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAB 5: STRATEGI CAPAI BEBAS KEWANGAN
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)